Sungai Nil

Posted: September 26, 2010 in Uncategorized

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Untuk kegunaan lain, sila lihat: Sungai Nil (nyahkekaburan).

Sungai Nil (bahasa Inggeris: Nile; Arab: النيل‎,an-nīl; bahasa Mesir Kuno iteru, bahasa Qibti piaro atau phiaro) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. [1]

Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Puith adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Etimologi perkataan Sungai Nil

Perkataan “Nil” (bahasa Arab: ‘nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian “lembah sungai”. Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud “sungai besar”, dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [2] Dalam bahasa Qibti, perkataan piaro (Sahidic) atau phiaro (Bohairic) yang bermaksud “sungai” (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud “terusan agung”) datangnya daripada nama purba

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s